29 oGOS, 2021 HARI PERSARAAN SAYA
Hari ini, 29 Ogos, 2021 saya secara rasminya telah menamatkan khidmat saya sebagai penjawat awam, setelah berkhidmat selama 35 tahun. Tetapi, sebagai seorang guru dan pendidik, saya tetap terus berkhidmat sebagai seorang pendidik, selagi hayat masih ada.
Itu yang istimewanya, jadi guru. Sekali jadi guru, selamanya sebagai guru. Hanya hayat yang ada menjadi pemisah antara guru dan muridnya.